Tuesday, September 21, 2010

ONCE...apa perlu aku rasa ?

September ini banyak kenangan...kenangan manis dan pahit. Aku membuat satu perkara yg tak pernah aku lakukan sebelum ini...dan kenapa aku melakukannya, entah. Tiada terpasang niat sebetulnya..hanya membuat mengikut rasa tanpa berfikir panjang akan akibat dan natijahnya.

Sept ini menemukan aku kembali dgn rakan karibku yg telah lama tidak kutemui..dan seorang yg telah lama menjauhkan diri. Walaupun belum lagi semesra dahulu, mudah2an ianya akan kembali seperti dulu.

Aku harungi persahabatan baru..tidaklah baru sangat pun cume baru rapat lebih dari dulu. Namun, sementelah persahabatan itu disalahertikan. Sepertinya aku ingin membunuh satu persahabatan yang telah terbina lebih sedekad. Sepertinya aku menikam rakan dari belakang seakan mengambil kesempatan atas kesempitan.

Aku juga mengharungi kehilangan. Rayaku tahun ini bersama anak2 teranjak ke pertengahan raya. Dan aku hilang Tok Ngah Jabek..insan yang cukup mulia dan mesra. Teringat tiap kali dia memanggil aku 'comel'. Hampir semua dipanggilnya begitu. Tatkala merenung jenazah yg redup dan tersenyum, aku tenang. Namun, tika mukanya ditutup kembali, hatiku hiba dan sebak. Pandangan Yasinku kabur, suaraku tersekat2, airmataku berlinangan. Terkilan benar kerana raya ini begitu bentuknya aku menziarahi beliau. Terkilan kerana beberapa kali hasratku untuk singgah beraya tidak kesampaian. Terkilan kerana jika kuturutkan jua untuk singgah, pastinya aku tau beliau sedang sakit. Pastinya aku tau ketika beliau terlantar dihospital. Pastinya aku isi masaku menziarahi beliau dan mungkin masaku kurang dengan persahabatan baru tersebut.

Dan kini aku kehilangan beliau. Dan apa mungkin aku jua bakal hilang persahabatan baru tersebut. Apa mungkin takdirNya aku hanya perlu hidup begini...seorang diri...