Friday, September 29, 2006

ONCE...life, money can't buy !

Arm called before break-fast sharing with me on an opportunity with quite a lucrative deal. So good to be true and damn hell difficult to resist. Roughly; >RM10k net with 30% goes to my wife & 20% to Tabung Haji. But, that's not all. The best part was: they'll settle all my debts !!! So, that we don't have any worries while doing the work.

So, I met him last nite to know more. Especially, what's the catch (there's no free lunch bro !). So, here's the catch: 24 x 7 operations, shift working hours, however, after ur shift, u're on standby mode..response time in 2 hours ! And response time here is not like our standard SLA; response = phone call at least. This one is in the office within 2 hours after the call ! Crazy eh ?!

Meaning; no raya, no balik kg, no shopping, no holiday, no leisure, nothing !!! My instinct before going there was right. Whoever take the job, will become a highly paid slave. Of course, the argument, it's the same kinda job that we do. Late nights, weekends and sometimes during holidays. But, at least to me, I'm in control over my life. Not dictated by someone or something. All the packages are to make you obliged, and setting ur target on the carrots. Ohh..forgot to mentioned. It's was for a f*****ng 5 YEARS contract !

Nah, I'm not going to waste my life like that. 3 years in Dubai would still be ok ;). Right Joe ? (weh..bila daa.. )

Monday, September 25, 2006

ONCE...Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah..ramadhan datang lagi...datang dengan penuh rahmat dan keberkatan. Aku baru je pegi deliver sistem yg aku jual kat 1st customer. Training skali...siap ada customization lagi. Jadi, mungkin ada rezeki lebih sikit nanti.

Syukur lagi...di bulan mulia ini. Aku sampaikan salam ramadhan kat bro joe di dubai. Dan tetiba je dia tanya pasal anak aku ada berapa org...berapa tahun. Aku ingatkan dia nak belikan hadiah baju raya ke...Ropenya, ada peluang kat sana. So, nak tau aku akan bawa diorang or camne. Perh..excited mmg la kan. But, he gave me till Thursday. Bini aku plak suruh balik semayang dulu. But, rata2nya redha la.

"Berilah petunjuk pada hamba mu ini ya-Allah." -amin-

Friday, September 15, 2006

ONCE...close encounter with a COBRA !

Foo turunkan aku tepi jalan, lepas balik dari semayang Jumaat. Sambil jalan aku kalut-kalut sikit la simpan hp sume. Pastu, aku toleh la kanan..kat kaki lima tu. Guess what ?!! Cobra tgh panggung kepala dia !!!

Syukur alhamdulillah..sebab masa aku perasan tu kire dah lepas dia dah. So, dia pun sambung jalan balik. Aku pun ingat nak ambik gambar dia. Sekali lagi, kalut-kalut nak adjust camera phone aku..pastu nak cantik kena ambik dekat sikit. Dia tgh sibuk jalan kat kaki lima tu la. Pastu, timbul lak risau. Dibuatnya dia toleh belakang pastu terus terkam aku, dah tak pasal. So, aku pun jalan balik ofis.

Itulah pengalaman pertama aku jumpa ular tedung (rone itam) selain drpd dlm zoo. Panjang dia ada dlm 2 kaki setengah, besar 3 jari camtu. (sorry joe, i know it'll be better if i put the photo here..but it's a risk i dare not take after that close escapee). Jarak antara dia ngan aku masa tu cuma sekaki. Syukurlah..panjang lagi umur aku.

Wednesday, September 13, 2006

ONCE...food for thoughts

Be blind in the race for educational excellence.

I was told that we need to be in the system to change the system. Simply put, we need to be in the government. Best, in the ruling party of the government. But to do that, I'll be bloody long time. Tears, sweat & blood spills in the wake to change and improve the system. Whether we will survive in the system, whether we will succeed in changing the system will depend on how influencial we are, how tough and stubborn we are as well. Shall we touch the soft spot and place the right sentiments to the system, I believe we can succeed.

Should I be in the system ? Still debating...if I want to, then first need to register with a party. But, as I wanna be the 8th or the 10th, I must join now and build my credibility and success stories. Or shall I create new party where I'll be the president with new agenda that will be supported by everybody ? Then, perhaps I can be in the premier much faster.

Tuesday, September 12, 2006

ONCE...ala sedihnya...

Punya la banyak bende yg boleh dibuat, yg boleh dipikirkan tetapi org kite membuang masa dengan sia-sia dgn menunggu suara pontianak. Kenapa tidak bekerja, mengaji, membaca buku, mentelaah ilmu atau menghambakan diri kepada Allah ? Jgn la nak dibandingkan dgn bebudak rempit atau anak muda yg terkinja-kinja dlm pub atau disco. Kenapa perlu menyamakan diri sendiri dgn manusia lain yg sama rendah akidahnya ?

Apakah kerana terlalu aman Malaysia ini sehinggakan rakyat tak tahu menilai apa yg berfaedah utk dibuangkan masa mereka ? Haruskah kita ada sedikit huru-hara dan bencana utk sedar ? Tetapi, pastinya, kesedaran sekelip mata. Haruskah kita terasa tercabar, tercalar, terhina utk bangkit memartabatkan bangsa ? Lihat sahaja sejauh mana isu Melayu hina di Penang. Masih lagi masyarakat mencari pontianak ?!

Harus siapa lagi yg perlu dipersalahkan ? Bangsa lain ? Bukankah itu semacam kita merayu kepada mereka supaya jgn ditindas kita ini ? Atau berhidung tinggi mengingatkan mereka supaya jgn berkurang ajar, melebih-lebih memijak kepala ? Mereka ini cukup masak dgn tabiat org Melayu. Spt yg ditarbiyahkan oleh seorg imam di kampung, "org melayu ni, asal ada makan je cukup!" Cukup mudah nak jaga Melayu. Sekadar bagi makan, habis sekampung mau dibaginya kepada bangsa lain kerana terhutang budi atau terkilan jasa. Makan perlukan duit ? Maka dijual tanah pusaka sekangkang kera supaya dpt makan dan bergaya. Drpd menjadi org Kaya felda selamanya, mereka menjadi org Kaya felda seketika. Matlamat pemimpin Melayu tidak kesampaian.

Ketika berduit tidak beringat. Tidak dibantu Melayu lain yg memerlukan. Duit berjuta2 di bank, gaji berpuluh kalau tak beratus ribu sebulan, kenapa tidak dibantu Melayu yg ingin belajar berniaga. Bank mahukan cagaran, Melayu tak pandai menulis kertas kerja utk geran...atau ada yg pandai tetapi malas atau rungsingkan keselamatan. Harus bila lagi Melayu bisa memecahkan pegangan kaum lain dlm perniagaan ?

Dlm era global, bagaimana pula Melayu Islam boleh memecahkan dominasi Yahudi dan Nasrani ? Dlm bidang ekonomi, sains dan teknologi, politik ketenteraan dan sebagainya ? Atau apakah mesti Arab Islam yg mengembalikan kegemilangan Islam ? Bagaimanakah dan bilakah Melayu akan kembali gah dimata dunia seperti suatu ketika...di Melaka...

Monday, September 11, 2006

ONCE...well said

Aku cuma nak pastikan artikel ni ada dlm blog aku. Jadi akan datang nak carik senang.

Ekonomi asas ummah merdeka

Saturday, September 09, 2006

ONCE...good start

Tengahari tadi gi amik cek. First, payment for NDC..alhamdulilah, syukur. First customer, and a very good paymaster heheh...So, next week buleh buat payment utk sample modem dari Lithuania, register domain, create website dan go all out to market.

Semestinya semangat berkobar2. Maka, user manual pun disiapkan menjelang Maghrib tadi. Antar kat Lithuania satu sebab diorang nak tgk and maybe promote to some other market as well. Kat Joe satu, kalu2 org Arab and/or Afrika pun nak pakai. Dan jugak kat rakan-niaga yg lain yg telah menunjukkan minat utk memasarkan produk tu.

Dan baru je 1/2 jam lepas, aku dpt siapkan draf pertama untuk brosur (brochure) 2 muka (buleh la nak print depan blakang nanti). Printout nye memang nampak cantik la (printed on HP Color Laserjet 5550).

Lepas nih, antara lain, nak siapkan kertas kerja untuk InnoFund. Geran dari MOSTI, buleh la kalu nak dapat dalam RM 50k. Apply untuk buat yg Inter-active punya pulak. Mudah-mudahan...berjaya !

Thursday, September 07, 2006

ONCE...5th anniversary

Syukur alhamdulillah..dah masuk 5 tahun perkahwinan kami. Ni hadiah anniversary yg istewi aku kasik. Aku tak bagi lagipun hadiahnya..ingatkan malam ni la kut ( :D ).


Aku bersyukur dikurniakan istewi yg cukup baik dan melengkapi hidup aku (..you...complete me..and i can't...just...shut-up...just shut up..). 2 tahun ini betul2 menguji kami. Aku bersyukur kerana tersedar sebelum terlewat..sebelum nasi menjadi hangit..sebelum kek menjadi hangus...sebelum.....Aku bersyukur kerana istewiku tabah dan bersama2 ketika kami susah.

Semoga Allah memberkati kami selamanya. Dan semoga Allah tabahkan serta teguhkan kasih sayang kami dlm mengharungi ujian-ujian mendatang. Amin.

ONCE...apa nak jadi la ni...

K'jaan negeri guna dana khas bantu rakyat miskin utk tujuan lain. Cuba carik kat mana-mana akhbar perdana kalau2 ada artikel ni, tapi tak jumpa. Mungkin ini diekstrak dari laporan tersebut.

Lalu, apa perlu kita lakukan ? Haruskah kita membuang undi kepada pihak lain yg mungkin tidak tergamak utk menghaburkan duit org miskin ini pd pilihanraya akan datang ? Atau kita usulkan kepimpinan di cawangan/bahagian ditukar supaya org lain yg lebih telus, jujur dan amanah memimpin negeri ini ? Yang sedihnya, semua itu negeri2 Melayu majoriti. Sudah pasti yg miskin pun Melayu, yg tarah pun pemimpin Melayu. Lepas tuh, berkompang pasal nasib Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan, teraniaya. <# ayat ini telah disensor kerana kurang sesuai utk kanak2 dibawah umur #>

10 tahun lagi, time aku bertanding, korang sokong2 la aku. Agenda:

* Hapuskan rakyat miskin dari bumi Malaysia (samada berikan bantuan dan kemudian diorang boleh hidup macam org lain, atau antar ke negara lain)
* Pendidikan percuma pada semua
* Program kesedaran (awareness) utk tingkatkan penyertaan bumiputera dlm bidang perniagaan (dan berjaya!)

UNDILAH SAYA !!!

ONCE...ansuran RM 20

Malukan Melayu kata beberapa org besar (Datuk2 belaka). Apa yg nak dimalukan ? Kalau malu pun..bagus la. Baru diorang terasa malu, dan akan bayar lebih dari RM20. Kalu betul la diorang tuh semua jadik golongan professional yg berjaya, langsaikan je terus.

Apa dah tak boleh buat "reverse phsycology" ke ? Takut sangat malu..takut org tahu. Taknak bukak pekung di dada. Biar busuk berulat asal org lain tak tau ?!!! Nak jaga sangat maruah peribadi tapi perangai macam ?@$*##. Habis, kalau masuk mahkamah kemudian kena penjara atau diisytiharkan bankrup kerana tidak mampu bayar...ataupun mahkamah jatuhkan hukuman bayar RM 15 sebulan (sebab itu je dia mampu daripada diisytiharkan bankrup)...apa tu nanti tak malu ke ?

Wednesday, September 06, 2006

ONCE...M'sia kalah takraw ?!!!

Kalah kat Thailand tu dah org panggil musuh tradisi la. Tak kita kalah, dia kalah. Macam pakat gilir-gilir pun ada kekadang tuh. Tapi bila kalah kat Indonesia ? Mungkin baru..setidaknya negara rumpun Melayu. Kiranya, diorang pun main takraw la jugak.

Tapi..!!! Apa ke kambingnya yg boleh kalah ngan Jepun ?!!! Ngan Myanmar ?!!! Pegi Bangkok tuh ingat nak enjoy ke ? Kalu nak dirasionalkan, buleh...takde masalah. Jepun byk duit, jadi dia boleh bayar lebih untuk mendapatkan jurulatih yg handal2 (aku tak tau detail nih...sapa jurulatih dia..player dia nama Raksoon ke, Tharib chai ke, Ahmad Latip ke...) atau menawarkan warganegara pada pemain (atau isteri supaya buleh dpt jadik warganegara cam mamat Brazil yg main ari tuh). Habis..Myanmar tu nak rasionalkan macammana ? Duit diorang bukannya byk sgt nak laburkan kat takraw nih !

Memang la Malaysia yg memperkenalkan takraw kepada dunia, tapi kita kan terer bab memperkenalkan, melancarkan, merasmikan, mehooraahkan. Kepanjangannya dan kejayaannya...kita tau la kan haa..

Mengabiskan duit rakyat je mangkuk2 yg main tuh. Daripada bola sepak, takraw, badminton...kalu nama ko tu Melayu la yg main...harapla nak naik tinggi2. Baik la duit banyak2 tuh, buat bagi biasiswa utk pelajaran ke. R&D ke. Kalau aku la yg jadik Menteri Belia dan Sukan, mau ramai atlet OKU kita nanti. huahuahua...

Tuesday, September 05, 2006

ONCE...imej apa yg ingin ditonjolkan ?

Apabila terbaca keratan ini. PM sanggup meminta maaf kepada rakyat ? Yang peliknya, di sini tidak pula menyatakan perihal meminta maaf. Utk perbincangan, kita lihat keratan ini.

Apakah tanggapan kita ? Ketika terbaca keratan tersebut, aku rasa Pak Lah tidak ego, sanggup terima kesalahan (jika benar) dan sanggup meminta maaf. Down to earth kata org putihnya. Tetapi, apakah org lain juga berpendapat sedemikian ?

Ketika aku menulis blog nih, tercetus persoalan...apakah perkara ini sepatutnya tidak harus terjadi. Pak Lah tidak harus (tidak boleh) tercicir dlm kenyataannya ? Jadi, tidak perlu meminta maaf. Apakah pula tanggapan kita ? Naif ? Ambil mudah ? Atau delegasi terlampau (unmonitored delegation) ?

Yang mana satu lebih rasional dan lebih wajar ? Kalau dibandingkan dengan PM terdahulu, bagaimana pula hasilnya ?

ONCE...kemana sudahnya ?

Apa yg boleh kita tafsirkan dari keratan ini ? Boleh dikatakan agak kasar (direct) berbanding dengan keratan yg lebih lembut ini.

Persoalan yg bermain-main diminda...kenapa mesti Tun ingin menurunkan tarafnya dari seorang bekas Presiden UMNO kepada perwakilan biasa perhimpunan agung ? Apakah benar ada cubaan utk menggagalkan permintaan beliau ? Kalau kita cuba renung dalam2...kemana sudahnya "perjuangan" Tun ini.

Katakan Tun berjaya menjadi perwakilan. Apakah yg ingin dibangkitkan ? Apakah Tun ingin menarah Pak Lah secara terbuka ? Dan apakah kemudiannya mencadangkan dirinya utk bertanding jawatan Presiden ? Katalah semuanya terjadi...menang pulak tuh. Maka secara otomatis, Tun menjadi Presiden BN yg layak utk menjawat jawatan sebagai PM Malaysia. Apakah Malaysia bersedia utk itu ? Apakah mandat besar yg dimenangi BN..yg mencerminkan sokongan rakyat kpd Pak Lah, akan merestui perkara ini terjadi ? Apakah pula impaknya kepada Malaysia dari segi ekonomi, FDI dan persepsi dunia ?

Apa agenda Tun sebenarnya...?!! Apakah peranan kita..?! Apakah pendapat kita..?! Apakah tindakan kita..?!

ONCE...lovebite

Hai...naya la nih...dah macam paparazzi kat Hollywood nih...lepas ni apa plak ? Siti tak berapa catwalk dah ? Dah tak seteguh dulu ? huahuahua...

ONCE...MLM wujudkan jutawan ?

Untuk renungan...di sini.

ONCE...idiots !

Especially for Joe who commented that my blog is dull (because no pictures). Well, this a start. It's from him anyway. He sent to me on 22 July 2003. But, I dunno whether the research still valid or has been proven otherwise. Enjoy...

Monday, September 04, 2006

ONCE...durex testers wanted !!!

Hey guys...there's a drive by durex to get comments from consumers on how can they improve their products better. Any takers ?!! Hehehehe...roll yourself here. (Saw it in newspaper yesterday)