Tuesday, July 06, 2010

ONCE...jelas sudah

Minggu lepas telah jelas segalanya. Bila kusangkakan yang aku sudah tidak punya tempat, rupa-rupanya berebut hehe. Syukur aku pada-Nya atas segala anugerah. Syukur atas ujian dan ketenangan yang diberikan padaku.

Minggu ini bermula kerja baruku. Agak mencabar kerana perlu aku umpamakan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berserakan. Kadang-kadang aku timbulkan peringatan bahawa harapan agak menggunung. Agar aku sentiasa beringat dimana aku berpijak. Cukuplah sekali aku diumpamakan lupa diri, sepertinya bagus maka memandang orang lain jauh. Begitulah manusia menjadi beza tatkala suka dan benci. Ketika suka, segalanya indah. Tika benci, yang dulunya indah kini busuk dan buruk.

Namun aku pasrah. Kerana aku tahu insan itu berbeza. Kerana aku kenal benar hati budi insan itu. Kadang aku tidak faham apa yang diinginkan dariku. Bukankah semuanya sudah jelas ? Bukankah kau sudah mengorak langkah maju kedepan ? Mengapa mesti kau menoleh kebelakang sedangkan aku juga sudah mengorak langkahku sendiri.

Kuharapkan semua ini...aku pasti Dia mendatangkan ujian ini untuk kebaikanku. Mungkin utk kebaikan semua. Ujian ini untuk menyedarkan aku bahawa aku ini insan hina. Namun, aku ada maruah dan harga diri. Aku ada nilai yang hanya mereka yang mengenalinya sahaja yang menghargainya. Satu hari nanti, kebenaran pasti timbul jua.

3 comments:

trionine said...

kipas berpusing...

Haizam said...

kipas berpusing ?

Unknown said...

yeah, look up.. its still turning.. :P