Tuesday, October 05, 2010

ONCE...back to the jungle

setelah hampir 8 tahun aku tak menjejakkan kaki kehutan di Malaysia ini..satu ketika aku pantas mendaki gunung, meredah hutan, membelah lautan dgn kayak..lama benar kutinggalkan aktiviti2 itu..

canopy walk di tmn negara

pada 1 okt lepas, aku tiba dia rainforest resort di kuala tahan..dan keesokannya aku ditelan hutan taman negara..segarnya bau hutan..nyamannya suasana sungai dan percikan air di jeram..mengimbau kenangan lalu..melupakan aku sejenak pada kota yang kadangkala membawa derita..

aku bersyukur kerana masih lagi berkudrat untuk mendaki bukit..menyusuri lembah..melengkari akar pokok yg membatangi denai..meredah arus dgn ilmu renang yg baru setahun jagung..namun, aku masih hanyut..hanyut dalam arus dunia..kuharap temui semula dahan yg utuh untuk aku berpaut semula..untuk mengharungi arus dunia yang begitu mencabar...



1 comment:

Christchild said...

Awesome pixs, dude!