Monday, May 26, 2008

ONCE...cite ayah



Gambar aku ngan Dr Khod lepas dinner kat Kuching. Anyway, last week, aku sembang ngan Dr Khod. Masa sembang pasal projek, dia sebut yang arwah ayah dulu terlibat bukan je kat Lembaga, tapi kat CDC, BTP dan BPG. Aku nak celah, tapi biar abih dulu pasal projek.

Masa makan tu aku tanya lagi. "Bapak ko dulu popular sebab dia rajin bercakap, byk contribute. Bukan je kat Lembaga, dia popular kat CDC, BTP dan BPG. Ada je benda bapak ko tu. Kekadang tu gelak sampai tak tau apa yg kitorang gelakkan. Dia punya rajin berbahas tu sampai kadang2, aku kena cakap..'udah la tu wud..' barulah dia diam. Ada masa yang dia tak dpt join panel meeting tu, terasa sepi la sikit.", cite Dr Khod. Dan aku dpt confirmation yg depa tu satu sekolah, satu batch..then bila dia tau arwah ayah terlibat dlm CDC dan BTP, tu yg dia dipanggil terlibat dlm Lembaga. Dan dah lama ayah terlibat...bukan je masa kat Klang (masa tu yg aku boleh ingat dan nampak kut..ayat buat soalan, sealed..gi mesyuarat kat luar), but even before that. Dr Khod cite lagi, "..dari pinggang bapak ko kecik, besor..kecik balik.." mmg depa kenal lama la.

Kire, byk hikmahnya aku masuk MB and jaga projek Lembaga nih. Dpt kenal arwah ayah lebih dekat. Alhamdulillah...

No comments: