Malam ku berakhir lewat. Namun, aku puas kerana selesai apa yang ingin diselesaikan hari ini. Dikala aku mula merasa sedikit gembira melayan kerenah kenalan baru, aku ditempelak seakan bermotifkan suka. Dan dikala aku memujuk hati kerana ditempelak sedemikian, hatiku memujuk sayu dirinya sendiri. Akan peranan aku untuk menceriakan. Umpama lilin yang membakar dirinya, agar insan lain bisa nikmati cahaya.
Dan dikesyahduan malam yang sepi ini. Merenung ke langit yang indah ciptaan Tuhan. Rasa hamba dan rendah menyedari dimana letaknya diri ini. Letaknya diri ini dalam situasi yang memilukan. Rendahnya diri ini disisiNya.
Maka apakah harus aku membiarkan diri ini pilu dalam drama ini ? Atau apakah aku harus persetankan semuanya ? Atau mengikut sahaja caturanNya dan berserah padaNya ?
Nukilan dan hakcipta terpelihara - NMD 14 Oct 2009
2 comments:
Apala yg ko pilukan itu? citer la sikit!
nak citer..pekene teh tarik la bro...!
Post a Comment