Sunday, August 22, 2010

ONCE...sept kembali lagi...

sept kembali lagi...mengimbau seribu satu kenangan...tertakluknya tarikh penutup dan juga tarikh pembuka lembaran baru...seakan sept ini sentiasa menjadi pembuka dan penutup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. apakah sept ini bakal membuka satu lagi lembaran baru untukku ?

pengalaman lalu membuatkan aku serik. serik utk dikecewakan...serik utk dihina...serik utk memujuk hati dan membina diri. alhamdulillah, aku cukup tenang kini. bagaimana ? kadang2, aku pun tak mengerti...payah utk aku menjawab soalan2 begitu. kurendamkan hidupku dgn aktiviti2 yang menyihatkan...sekian lama aku tak bermain badminton dan kini aku kembali melibaskan reketku yang telah tersimpan sejak 2006. keasyikan sukan baru sedikit demi sedikit menuntut ruang waktu untuk diisi.

kerjaku kini turut mencabar. apabila kebebasan diberikan, aku rasa tepu untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan...tepu untuk memastikan aku punya sesuatu untuk ditawarkan...tepu juga apabila kehendak dan tanggapan yang bercanggah dari rakan2 tentang apa yang diharapkan dariku. kembalinya rakan2 dari jauh, mengubat kerinduan dan mengisi kekosongan masa. walaupun kekangan lain membuatkan aku kurang selesa dilokasi, namun aku pasrah.

apakah sept ini bakal membuatkan ceritaku seperti cerita adam ? yang menyatakan pada liyana "...buat apa berjumpa kalau untuk berpisah kan ?" namun, penghujungnya mereka bahagia bersama. atau cerita sufi atau ean ?

bisikku pada bulan...kembalikan. temanku, kekasihku, syurgaku. tanpa dia, kelam menemaniku..sepi memelukku.
bulan...jangan biar siang. biar alam ini kelam. biar ia sepi...sepertiku.

mak bi pula berkata "..kadang2, orang yang paling kita sayang la yang susah untuk disayangi.." manakala ris "...to love is to let go.."

apakah yang bakal menantiku sept ini...?

1 comment:

Unknown said...

yang pasti tidak menanti:
1. bonus raya
2. increment?

yang pasti:
1. gossips
2. skandals..

ehehe.. rileks aa bro..