Bermulanya 2015 dengan indah...bukannya sekarang tak indah...cuma kebelakangan ini ujian yang datang agak mencabar. 2015 aku ditemukan...mengisi kekosongan...menghidupkan hati yang selama ini mati...berjalan dengan cabaran yang tidak pernah aku tempuh sebelum ini...satu segi segalanya berjalan lancar tiada halangan...satu segi aku diuji untuk memahami...biarpun aku tidak difahami...
Bermulanya 2015 dengan indah...terima kenaikan pangkat...syukur Alhamdulillah...meraih hasil keringat tahun lepas...syukur Alhamdulillah...tidak pernah dapat seperti itu sebelum ini pun...ujian datang dengan cabaran yang makin sukar untuk dicapai...sepertinya tidak membenarkan untuk aku pergi lebih jauh...namun aku kuatkan semangat kerana aku percaya yang tiada ujian diturunkan kepada hambaNya melainkan hambaNya mampu...
Bermulanya 2015 dengan indah...permainan aku makin stabil...dengan set yang baru (walaupun 2nd hand)...meningkatkan semangat untuk perbaiki lagi...namun pada 17 Apr rumah aku dicerobohi dan kehilangan satu set yang masih dalam travel bag beserta 5 pasang kasut, 2 harddisk serta barang2 kecil yang tak disangka seperti 3 helai underwear baru, perfurme, deodoran dan juga tabung syiling. Alhamdulillah tiada orang ketika itu tiada yang pecah...cume terkilannya hati dengan kehilangan...musibah menimpa percaya ada hikmahnya...hikmah mungkin cukup sudah pakai 2nd set...bermula yang baru dan setakat ini Alhamdulillah game masih stable dan boleh pergi lebaih baik..
Bermulanya 2015 dengan indah...berita gembira diterima semalam akan tetapi entah apa silapnya seperti bukan yang diharapkan...indah jadi murung...sepi...sunyi...hampir aku rebah memikirkan hikmah atas ujian ini...mampukah aku harunginya..? mampukah aku selaminya..? mampukan aku...?
Hanya padaMu Ya Allah aku memohon dan berserah...akan kerdil dan hinanya diri ini berbanding kuasaMu...bantulah aku Ya Allah...
No comments:
Post a Comment