Sunday, September 28, 2008

ONCE...nikmat

Nikmat Allah turunkan ada bermacam2. Nikmat kenyang..nikmat tidur..nikmat hilang dahaga..nikmat kepuasan (segala macam kepuasan la kirenye)..nikmat kejayaan..nikmat kasih sayang..nikmat berjalan..nikmat melihat..nikmat berfikir..dan bermacam2 lagilah.

Manusia kebiasaannya tidak bersyukur atas nikmat yg dikurniakan. Ada yg merasakan nikmat hanya dtg selepas diuji..padahal didlm Al-Quran tlh dijelaskan bahawa nikmat dikurniakan sepanjang masa..kpd semua umat manusia..tidak mengira bangsa, agama dan usia. Dan amatlah sedikit manusia itu yg bersyukur.

Kita cume kenal akan nikmat setlh diuji. Itupun jika kita berusaha utk merenumg akan ujian yg diturunkan serta hikmah yg tersirat disebaliknya. Ramai antara kita yg bersyukur setlh diuji...kadang2, nikmat ditarik balik kerana kita tak bersyukur. Kerana kita salahguna nikmat yg dikurniakan..ataupun mungkin, didatangi ujian yg lebih hebat..utk kita kenal akan nikmat yg lebih tinggi..supaya kita bersyukur.

Sempena bulan barakah ini serta kedatangan Syawal tidak lama lagi...saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kpd rakan2 semua...dan mohon ampun maaf sekiranya ada terkasar bahasa, tersilap kata, terguris hati, terluka rasa...dan mohon halalkan makan minum serta ilmu dan pengalaman yg dikongsikan. Sama2lah kita panjatkan kesyukuran kehadratNya atas segala nikmat yg tlh dikuriakanNya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Batin

(posted from my E71)

No comments: