Friday, August 25, 2006

ONCE...nukilan tentang berniaga

Cemburu pulak tengok Munmon tulis BM. Ambil iktibar dari kes Amani, marila kita cuba2 berbahasa pulak.

Hari Rabu lepas, saya berpeluang utk duduk dlm panel penilaian teknikal utk salah satu geran (grant) yg disediakan oleh kerajaan. Tidak ramai yg disenaraipendekkan, kire cukup la jari2 kaki & tangan utk mengira. Majoriti yg membuat pembentangan adalah dari kaum Cina. India tiada langsung dan Melayu selebihnya (42%). Persoalan yg bermain benak kami ialah kemana perginya org Melayu nih. Kerajaan pimpinan Melayu, peluang2 perniagaan utk Melayu banyak, bantuan kewangan bercambah tetapi bila dinilai, tidak ramai yg sampai.

Berdasarkan pemerhatian saya, terdapat beberapa faktor yg menyumbang ke arah ini:

1. Kurang pendedahan dlm menyediakan kertas kerja
2. Kurang minat untuk berniaga (isu jaminan hidup)
3. Tidak berani mengambil risiko
4. Pemahaman dari pendidikan Islam yg tidak menyeluruh

Faktor 1 boleh diatas dgn membimbing para usahawan. Terdapat bermacam2 perkhidmatan yg disediakan baik dari pihak kerajaan mahupun NGO. Ia juga boleh diterapkan dgn lebih jitu dgn bermula dari awal iaitu ketika sekolah lagi. Langkah Kementerian Pelajaran utk menambahbaik kurikulum pelajaran amat tepat dan diharapkan elemen keusahawanan ini dpt diterapkan dgn jayanya.

Ini juga akan membantu mengatasi Faktor 2. Akan tetapi, faktor 2 & 3 lebih kepada pendedahan dan mentaliti. Kita disogok oleh ibubapa serta para senior supaya bekerja dgn kerajaan. "Terjamin" katanya. Memang betul terjamin kerana walaupun kita tidak bagus bekerja, tidak efektif, tidak produktif, tetapi hujung bulan kita terjamin. Cukup lah sekadar apa yg ada (yg membawa kepada faktor 4).

Tetapi, golongan ini jugalah yg menjalankan perniagaan MLM, direct-selling, jual kain, kuih raya, bazar ramadhan dsb. Tidakkah itu menunjukkan masyarakat Melayu berdaya maju dan ada ciri-ciri keusahawanan ? Benar, ada! Tetapi, perniagaan yg sekali-sekala, yg selagi tak betul2 banyak keuntungan, selagi itu tidak meninggalkan kerja tetapnya. Terdapat sebuah buku yg menceritakan peluang2 membuat perniagaan selepas waktu pejabat. Perniagaan runcit dan kecil-kecilan.

Mengapa hanya kecil-kecilan ? Kenapa perlu dilaksanakan selepas waktu pejabat ? Bukankah itu memakan masa rehat kita diwaktu malam ? Atau memakan waktu santai kita dihari minggu ? Kerana jaminan ! Sekiranya gagal, masih lagi mampu menampung belanja bulanan. Tetapi, apabila kita tahu yg duit lebih itu dari berniaga, apakah pemikiran kita dipejabat tertumpu kearah melaksanakan kerja2 & amanah sebaik mungkin dan memperbaiki kekurangan sekiranya ada, ataupun hanya menyiapkan kerja2 didepan mata ?

Faktor 4 adalah kerana sentimen "kerja bagai nak gila, siang malam, ibadat kemana..", "duit byk pun bukan boleh bawak mati..", "kita digalakkan besederhana"..itu yg dipegang kebanyakan org Melayu. Kenapa tidak "bekerjalah spt kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah spt kamu akan mati keesokan hari", "9 dari 10 punca rezeki adalah dari berniaga", "wang yg byk boleh menyumbang zakat yg byk yg dpt membantu fakir miskin". Semua tahu Rasulullah berniaga..maka kenapa serbannya serta jubahnya diikut, tetapi semangat perniagaannya tidak diikut ?

Satu lagi faktor yg saya temui ialah tidak mahu berhutang. Tidak mahu berharap atau bergantung pada org lain. Masalah ego sebenarnya. Sekiranya, dgn berhutang kita boleh bergerak lebih maju, lebih cepat maka apa salahnya berhutang. Jgnlah diniatkan berhutang tapi tidak mahu membayarnya. Sekiranya berniat begitupun, kerajaan ada menawarkan kemudahan geran (grant) yg saya bicarakan. Wang yg diberikan tanpa perlu dibayar balik, tetapi kita haruslah melaksanakan apa yg kita katakan ketika memohon. Ianya adalah kemudahan utk menggalakkan keusahawanan dan pertumbuhan ekonomi.

Banyak lagi isu2 serta dilema yg perlu dibahaskan. Tetapi cukuplah setakat disini dahulu. Walauapapun, saya akan cuba memohon geran tersebut pd Sept ini. Lihat samada permohonan itu diluluskan dahulu ataupun "jaminan" yang sampai dahulu.

2 comments:

Anonymous said...

haaa.... i like this post better ;D.. bukan kerana saya fanatik bahasa melayu tapi... tapi rasa macam lagi 'dekat' bila awak jadi diri awak... ehehe teruskan perjuangan..

Anonymous said...

ehhehehe. itulah aku dah kata, cintailah bahasa Malaysia. Bukannya kita kelihatan dunggu kalau berbahasa Malaysia, cuma ada tempat dan keadaan kita boleh guna Bahasa Inggeris. Selalu-selalulah melawat blog aku yg tak kool mana itu. :D