Monday, September 28, 2009

ONCE...raya ngan anakanda

Weekend ari tu aku beraya ngan anak2. Terubat rindu selama ni. Cume ada mixed feelings with them. Seronok bila tgk diorang main, gelak2, manja2...tapi sedih bila mengenangkan apa yg dah dipasak dlm pemikiran diorang. Tambah ngan apa yg jadi baru2 ni buatkan aku lebih terusik.

Satu ketika aku tertanya2 kenapa ini semua terjadi...dan aku tertanya2 dimana aku yang dulu. Yang tenang dan sentiasa pasrah dengan keadaan...walaupun ada ketika aku memang tenang, terima seadanya, cume kadang2 aku tertanya2. Aku tak pernah bertanya sebelum ni.

Berat sgt ke dugaan aku kali ni ? Aku tau ada hikmah disebalik setiap ujian dan kejadian...apakah aku telah menjadi lemah ? Tak mungkin ! Kerana ujian yg diturunkan pastinya kerana aku boleh melaluinya...cume apakah jalan yang aku ambil ini yang terbaik ? Hanya Dia yang tahu segala2nya...

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum,

Bykkn bersabar. Wa pun dah lalui aper yg lu lalui sampai nak ckp dgn anak pun susah. Apa yg penting nafkah dn cara lu didik diorang. Memang dah lumrah kalu orang dah tak suka memang diorang akn pasak kepala bebudak. Lu kena buat biar ank2 lu tau yg lu syg diorg. Esok wa naik platform. Satu bulan baru balik. Hadiah utk ea pun wa anta kat org. Tabahkan hati lu dn sentiasa doakn ank2 lu. Kalu diorng pasak anak lu dgn benda tak btul satu hari anak2 lu akan sedar saper betul dan saper salah. make sure bila ader hari2 penting utk nak lu, lu mesti ader dgn diorg

Haizam said...

will do..tq bro..selamat berplatform..'bekal' cukup ke ? hahaha..