Friday, December 31, 2010

ONCE...closing 2010

It has been a very colorful year..2010 it is. Lots of memorable events took place..challenging experiences..fruitful and painful memories. This year, I'm exposed to lots of stuffs..losing and bonding, losses and discoveries..lemme try to summarize it all..

Quarter 1 2010
- life: found, lost, found again
- work: trusted, troubled, smoothen
Quarter 2 2010
- life: cherished, lost, new environments and cultures, strengthen bonding
- work: work-life bonding, exciting experiences, painful outcome
Quarter 3 2010
- life: soul-searching, improving ties, moving on
- work: soul-searching, reclaimed myself, new challenges
Quarter 4 2010
- life: perished, bonding both loved ones and doubtful
- work: gearing up, new challenges again, troubled and inspiring, new frontier

All in all, 2010 shared to many experiences..losing people that i love, found new people to love and share, creating new bondings, strengthening long lost bondings, new challenges and experiences. When I thought I've seen enough, 2010 showed me that there are lot more that I haven't seen. And even too many that I've seen in 2010, I believed that there are still more to discover.

2011 looks promising..can see the blink of lights at the end of the tunnel..after all, coming 2011, it's really up to me to chart it forward. Eager and aggressive, I may redeem the rewards. Laid back and lazy, I shall face the consequences. No holding back for me in 2011...and I have to grab this opportunity, work my ass off for both my work and life related stuffs...and ensuring that I will be able to take home the bread.

"O Allah, I thanked you for all the love, challenges and experiences You gave me in 2010. Help me Allah, for a better life and future in 2011, and years ahead. Amin."

Thursday, November 11, 2010

ONCE...33

hari ini..alhamdulillah..meningkat lagi usia aku..sambutan seorangan huhu...but i'm glad having my closed friends with me...mudah2an usia yg bertambah turut menambah perubahan kearah kebaikan dalam hidup aku...

Friday, November 05, 2010

ONCE...ketentuan

Aku tertengok TV3..ulangan cerekarama 'Ketentuan'. Tiba2 sayu hati aku bila tgk cite ni..bergenang airmataku..

Asalnya aku nak coretkan kisah yang berlaku pada aku semalam. Air muka aku jatuh, malu yang tak tertanggung pada seorang sahabat. Dah lebih 12 tahun aku kawan ngan dia..dh macam2 yang aku lalui ngan dia. Tapi kerana niat aku utk menolong seseorang, orang itu jugak yang mencampakkan najis ke muka aku. Tanpa rasa simpati..tanpa rasa setiakawan..tanpa rasa bersalah..

Walaupun aku pernah sedar perangai dia yg hanya pentingkan diri sendiri..cume aku tak sangka yang dia berfikiran singkat seperti ini..buat aku tertanya2 macam mana aku pernah sayang dia satu ketika dulu..mungkin Allah sayangkan aku dan membuka mata aku luas2 agar nampak segala kebatilan dan hikmah yang tersembunyi..

Ketika ini, aku masih belum mampu utk menghubungi sahabat aku untuk memohon maaf..aku tak tau mana nak letak muka ini..tak tau mana nak letak diri ini untuk berdepan dgn dia..aku harap satu hari nanti dia sudi maafkan aku dan anggap ini hanyalah satu sejarah hitam yang takkan berulang lagi..

Untuk org itu..aku tak tau sampai bila dia akan terus menghina aku...sementelah hinaannya bisa membuatkan dia bahagia...tika ini, cukup saja aku berdiam dan anggap dia tidak wujud...kerana jika aku berbicara, mungkin terlalu bisa untuk dia terima...aku harap jangan sampai dia buat aku maki dia hatta di depan khalayak ramai sekalipun...i dun like seeing the evil in me busting out in the open..

Tuesday, October 05, 2010

ONCE...back to the jungle

setelah hampir 8 tahun aku tak menjejakkan kaki kehutan di Malaysia ini..satu ketika aku pantas mendaki gunung, meredah hutan, membelah lautan dgn kayak..lama benar kutinggalkan aktiviti2 itu..

canopy walk di tmn negara

pada 1 okt lepas, aku tiba dia rainforest resort di kuala tahan..dan keesokannya aku ditelan hutan taman negara..segarnya bau hutan..nyamannya suasana sungai dan percikan air di jeram..mengimbau kenangan lalu..melupakan aku sejenak pada kota yang kadangkala membawa derita..

aku bersyukur kerana masih lagi berkudrat untuk mendaki bukit..menyusuri lembah..melengkari akar pokok yg membatangi denai..meredah arus dgn ilmu renang yg baru setahun jagung..namun, aku masih hanyut..hanyut dalam arus dunia..kuharap temui semula dahan yg utuh untuk aku berpaut semula..untuk mengharungi arus dunia yang begitu mencabar...



Tuesday, September 21, 2010

ONCE...apa perlu aku rasa ?

September ini banyak kenangan...kenangan manis dan pahit. Aku membuat satu perkara yg tak pernah aku lakukan sebelum ini...dan kenapa aku melakukannya, entah. Tiada terpasang niat sebetulnya..hanya membuat mengikut rasa tanpa berfikir panjang akan akibat dan natijahnya.

Sept ini menemukan aku kembali dgn rakan karibku yg telah lama tidak kutemui..dan seorang yg telah lama menjauhkan diri. Walaupun belum lagi semesra dahulu, mudah2an ianya akan kembali seperti dulu.

Aku harungi persahabatan baru..tidaklah baru sangat pun cume baru rapat lebih dari dulu. Namun, sementelah persahabatan itu disalahertikan. Sepertinya aku ingin membunuh satu persahabatan yang telah terbina lebih sedekad. Sepertinya aku menikam rakan dari belakang seakan mengambil kesempatan atas kesempitan.

Aku juga mengharungi kehilangan. Rayaku tahun ini bersama anak2 teranjak ke pertengahan raya. Dan aku hilang Tok Ngah Jabek..insan yang cukup mulia dan mesra. Teringat tiap kali dia memanggil aku 'comel'. Hampir semua dipanggilnya begitu. Tatkala merenung jenazah yg redup dan tersenyum, aku tenang. Namun, tika mukanya ditutup kembali, hatiku hiba dan sebak. Pandangan Yasinku kabur, suaraku tersekat2, airmataku berlinangan. Terkilan benar kerana raya ini begitu bentuknya aku menziarahi beliau. Terkilan kerana beberapa kali hasratku untuk singgah beraya tidak kesampaian. Terkilan kerana jika kuturutkan jua untuk singgah, pastinya aku tau beliau sedang sakit. Pastinya aku tau ketika beliau terlantar dihospital. Pastinya aku isi masaku menziarahi beliau dan mungkin masaku kurang dengan persahabatan baru tersebut.

Dan kini aku kehilangan beliau. Dan apa mungkin aku jua bakal hilang persahabatan baru tersebut. Apa mungkin takdirNya aku hanya perlu hidup begini...seorang diri...

Sunday, August 22, 2010

ONCE...sept kembali lagi...

sept kembali lagi...mengimbau seribu satu kenangan...tertakluknya tarikh penutup dan juga tarikh pembuka lembaran baru...seakan sept ini sentiasa menjadi pembuka dan penutup sejak beberapa tahun kebelakangan ini. apakah sept ini bakal membuka satu lagi lembaran baru untukku ?

pengalaman lalu membuatkan aku serik. serik utk dikecewakan...serik utk dihina...serik utk memujuk hati dan membina diri. alhamdulillah, aku cukup tenang kini. bagaimana ? kadang2, aku pun tak mengerti...payah utk aku menjawab soalan2 begitu. kurendamkan hidupku dgn aktiviti2 yang menyihatkan...sekian lama aku tak bermain badminton dan kini aku kembali melibaskan reketku yang telah tersimpan sejak 2006. keasyikan sukan baru sedikit demi sedikit menuntut ruang waktu untuk diisi.

kerjaku kini turut mencabar. apabila kebebasan diberikan, aku rasa tepu untuk memastikan ianya tidak disalahgunakan...tepu untuk memastikan aku punya sesuatu untuk ditawarkan...tepu juga apabila kehendak dan tanggapan yang bercanggah dari rakan2 tentang apa yang diharapkan dariku. kembalinya rakan2 dari jauh, mengubat kerinduan dan mengisi kekosongan masa. walaupun kekangan lain membuatkan aku kurang selesa dilokasi, namun aku pasrah.

apakah sept ini bakal membuatkan ceritaku seperti cerita adam ? yang menyatakan pada liyana "...buat apa berjumpa kalau untuk berpisah kan ?" namun, penghujungnya mereka bahagia bersama. atau cerita sufi atau ean ?

bisikku pada bulan...kembalikan. temanku, kekasihku, syurgaku. tanpa dia, kelam menemaniku..sepi memelukku.
bulan...jangan biar siang. biar alam ini kelam. biar ia sepi...sepertiku.

mak bi pula berkata "..kadang2, orang yang paling kita sayang la yang susah untuk disayangi.." manakala ris "...to love is to let go.."

apakah yang bakal menantiku sept ini...?

ONCE...hinakah aku ?

Hinakah aku hanya kerana statusku ?

Hinakah aku hanya kerana kegagalanku ?


Apakah status menjanjikan kebahagian ?

Apakah staus mendatangkan kedamaian ?


Atau apakah status hanya alasan ?

Bagi menjaga status dan maruah ?

Bagi menjaga nama baik dan kehormatan ?


Apakah status dimata Allah ?

Apakah maruah dimata Allah ?

Apakah kehormatan dimata Allah ?


Teringat pesan bapa angkatku

Yang tua dihormati, yang muda disayangi

Maka tatkala yang tua menyombong diri

Dan yang muda merana hati


Apakah bisa yang muda membongkari hati yang tua ?

Agar bisa melihat akibat kesombongan mereka

Atau yang muda membiarkan saja dan menahan jiwa ?

Agar mereka sedar akibat kesombongan mereka


Yang meratah jiwa yang muda

Yang meragut harapan kebahagiaan

Yang mematahkan tujuan

Yang mematikan hati


Namun

Apakah sanggup yang muda memerhati

Tragedi dan trauma saban hari

Dikala itu semua terjadi

Terlalu lambat dikemudian hari


Thursday, August 12, 2010

ONCE...apa lagi yg tak kena

Ramadhan datang lagi kali dan aku harap ianya lebih baik dari yang sebelumnya. Alhamdulillah, aku berjaya kecap nikmat sahur..and berbuka tadi. Sekali lagi aku berpuasa seorangan. Namun, aku bersyukur.

Ujian kala puasa sungguh mencabar hari ini. Aku jadi tidak faham apa lagi salahku. Apa lagi yang dimahukan dariku ? Aku diserang atas maklumat yang salah. Apa lagi yang diingini dariku ? Susah benarkah utk biarkan aku hidup sendiri ? Sementelah aku diperlakukan sedemikian rupa ?

Sungguh aku tak faham...

Monday, July 19, 2010

ONCE...wonderful !

It has been a wonderful 3 weeks since I came back. Even though some setbacks like I lost when Germany lost in semi final and Holland in final, but the whole lessons and what has happen really an eye opener. Really grateful with His love and guidance.

My role now is much challenging than before. But, it is something that I've been dreaming before. Now, I can do it with blessings and lots of freedom on how to do it. Appreciate the care and love from people that matter the most...some that I didn't expect..some that has long lost...some that always been there.

Tuesday, July 06, 2010

ONCE...jelas sudah

Minggu lepas telah jelas segalanya. Bila kusangkakan yang aku sudah tidak punya tempat, rupa-rupanya berebut hehe. Syukur aku pada-Nya atas segala anugerah. Syukur atas ujian dan ketenangan yang diberikan padaku.

Minggu ini bermula kerja baruku. Agak mencabar kerana perlu aku umpamakan seperti menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tidak berserakan. Kadang-kadang aku timbulkan peringatan bahawa harapan agak menggunung. Agar aku sentiasa beringat dimana aku berpijak. Cukuplah sekali aku diumpamakan lupa diri, sepertinya bagus maka memandang orang lain jauh. Begitulah manusia menjadi beza tatkala suka dan benci. Ketika suka, segalanya indah. Tika benci, yang dulunya indah kini busuk dan buruk.

Namun aku pasrah. Kerana aku tahu insan itu berbeza. Kerana aku kenal benar hati budi insan itu. Kadang aku tidak faham apa yang diinginkan dariku. Bukankah semuanya sudah jelas ? Bukankah kau sudah mengorak langkah maju kedepan ? Mengapa mesti kau menoleh kebelakang sedangkan aku juga sudah mengorak langkahku sendiri.

Kuharapkan semua ini...aku pasti Dia mendatangkan ujian ini untuk kebaikanku. Mungkin utk kebaikan semua. Ujian ini untuk menyedarkan aku bahawa aku ini insan hina. Namun, aku ada maruah dan harga diri. Aku ada nilai yang hanya mereka yang mengenalinya sahaja yang menghargainya. Satu hari nanti, kebenaran pasti timbul jua.

Wednesday, June 02, 2010

ONCE...wordless

I've no perfect words to describe what I'm feeling right now...facing a situation that given a chance, i can make it good...i know and i believed i can...and i will...

But the chance was not given...it was taken without me knowing...i've no forum to justify and explain...just facing the consequences and start thinking about the future...

Where shall I go...?

Friday, May 21, 2010

ONCE...feelings

why must assumptions and ill-feelings comes to my mind..?
why can't i think of situational difficulties faced that prevents the needs..?
is it because of unfinished and uncleared business..?
or has the faith and confidence started fading..?

Thursday, May 20, 2010

ONCE...di perantauan (3)

Minggu ni agak kelam...berita2 yang aku dengar, kebanyakannya meruntun jiwa dan perasaan. Syukur ada rakan2 yang memahami dan membantu menenangkan aku...hampir saja aku terjerumus kekancah yang tidak dpt aku gambarkan...

Namun, kerap jua fikiran ini melayang...mengenangkan apakah salah dan dosaku..? apakah salah fikiran dan tindakanku..? dimanakah salahnya diriku ini..? apakah jenis ujian yang ditimpakan...sementelah jatuh ditimpa tangga..dipatuk ayam pula..diberak kapur disudu angsa..

apakah hikmah dan pengajaran disebalik insiden2 ini ? hmmm....




Sunday, May 09, 2010

ONCE...di perantauan (2)

umah aku ada ramai...makan alhamdulillah..takde masalah langsung..sampai aku pulak yg naik segan..yelah, bangun jek sarapan dh siap..bila balik je sume sibuk2 kt dapur..aku pun sibuk la jugak...sibuk nyembang...sume org ada part, masak siap makan...pastu adalak yg kemaskan...aduss...

overall, alhamdulillah..umah satu kepala...mmg dicaturkan camtu pun...cabaran pun tak kurang hebat kat sini..mujur la rakan2 ada membantu...sungguhpun dari segi moral...itu lebih dari cukup sebenarnya...heat dari semenanjung pun sampai juga kat sini..kire cuaca yang sejuk nyaman ni terasa jugak la bahangnya bila disinar cahaya matahari..

aku harap dan aku doakan semoga matahariku terus bersinar..sungguhpun awan mendung sekali sekala, semoga ianya sentiasa bersinar selamanya...

Tuesday, April 20, 2010

ONCE...di perantauan

Well, kalu nak ikutkan dah selalu pun datang ke bumi sederhana beku nih..cume kali ni lama sikit duduknya. Setakat ni cuaca malam dlm 5C and siang kalu xde matahari dlm 14C, kalu ada matahari dlm 18C. Sejuk lagi la...sume orang pakai jaket lagi. Volcano melanda and sume rakan2 tergendala...melangut la sorang2 kat sini tunggu diorang sampai.

Membelakangi Sungai Dnipro

pemandangan musim bunga dari kamar

sarapan orang bujang sambil menikmati pemandangan musim bunga

Semalam, dapat makan nasi ngan serunding jek, itu pun 2 pinggan gak la. And lunch tadi, layan Tom Yam Kung kat Pranada Plaza...kire ok la..cume aku nak rasa pedas but disappointed. What can you expect in this part of the world right ?



Tuesday, March 30, 2010

ONCE...lebih baik diam..

secara jujurnya, aku tak tau macam mana harus diluahkan rasa hati ini. terasa begitu terpukul apabila menyedari yang aku tiada siapa disisi. segala yang dikatakan bagus, budi menggunung melangit tinggi, namun, tika badai datang melanda, kita cume jaga diri sendiri. budi yang menggunung tinggi ranap sekelip mata dan yang kelihatan hanyalah arang-arang hitam yang busuk dan perlu dijauhi.

mengapa ketika itu bisa membuat kita lupa kawan atau lawan ? madu atau racun ? dosa atau pahala ? mengapakah aku masih belum memahatkan dikepala bahawa manusia itu begitu ? apakah dengan melampiaskan kemarahan kepada mereka dapat menyedarkan mereka ? atau hanya mengeruhkan lagi suasana ? apakah harus aku pergi ? bagi menjaga hati yang kian tipis dihiris berkali-kali ?

.......

Thursday, March 18, 2010

ONCE...ujian lagi..?!!

Today perhaps is the most trying test I've ever gotten. Felt so low...felt so down. And I hated that feeling and how I behaved.

If lifelong learning = learn, unlearn and relearn...should i think, unthinking and rethink ? Should I..? Why did I behave like that ? Why did I get 'that' in return ? What went wrong actually ? Why it never happen before ?

When pressure is too much to handle, guess it affect how people behave and react. Am I not aware of my own colors ? Or am I ignorant ? Or what had happen especially the past few years changed me ? Or perhaps....I simply don't have a clue....

Sunday, March 14, 2010

ONCE...ujian bulan Mac 2010I

Bulan ini agak banyak ujian yg aku terima. In fact, last week was the most pressing time for me. My patience, my emotions and my confidence was tested to the max. I almost lost what I treasured the most.

Kadang2, kejujuran itu membunuh. Dan apabila kepercayaan itu mula pudar, biar atas dasar yang agak remeh...agak sukar untuk mendapatkannya kembali. Aku kena selalu ingat bahawa manusia mudah lupa (aku pun la sekali). Ketika tenang, semua perkara bagus dan cantik. Tapi dikala sempit, silap sedikit membawa padah. Diketika itu, segala kebaikan dan kebagusan hilang sementelah kesilapan yang sedikit. Keuntungan jangka panjang juga kadang2 tidak kelihatan kerana keadaan semasa yang lebih mendesak.

Maka, apa yang harus dilakukan ? Bertahan ? Bersabar ? Telan ? Redha ? Learn...and relearn...in fact, unlearn and relearn.

Semalam sekali lagi diuji...tatkala segalanya dijangkakan lancar..masih ada halangan. masih ada dugaan...LIFE IS GREAT !!!

Thursday, February 25, 2010

ONCE...reprimand

It has been ups and downs since Feb..in fact since 2010. And as I thought things has gone smooth, there's always something missing and overlooked. And today, I was caught off guard ! Being reprimand...! And as I tried to redeem myself, being hurt after that.

Well, as usual...I take it as my fault. Was asked to give reasons but there's none that is satisfying and I don't wanna give reasons just for the sake of covering my ass. Especially to this person. It's bad when name and reputation at stake...and if I don't really protect it, I might loose it.

Why did I slip that in the first place ? *sigh*

Monday, February 15, 2010

ONCE...sweet Sunday

It was a sweet and memorable Sunday. If Izad and his family is there it'll be much more interesting. All gather for lunch, chit-chat, laughters...then followed with Choc Indulgence for both pakcik & Ery. Then, head home...

Hope it'll always be this way...forever...

Thursday, February 04, 2010

ONCE...sepetang with Pakcik Isa

Semalam aku singgah jumpa Pakcik Isa..dah lama aku tak jumpa. Dalam perjalanan balik dari kampung, aku singgah. Dan seperti biasa, perbincangan hangat (atau lebih pada satu hala la cam biasa) tentang perkembangan dunia dan negara.

Satu ketika dia tanya apa yang aku cari..dan aku kata BAHAGIA. "Tempuh derita, pasti jumpa bahagia" katanya. Selebihnya, untuk aku kupas sendiri dan intipati perbualan sebagai mengimbas atau mengingati semula semua pesanan dan ajaran. "Sedang dididik lagi menyeman, ini pulak terbiau" memang tepat untuk aku. Dan kata-kata yang aku tak ingin lupakan dan aku abadikan disini...

Kepalang tukang, kayu binasa
Kepalang pemerintah, negara binasa
Kepalang ulama, negara binasa

Bidalan melayu yang dalam maknanya...yang perlu diamati dan dihayati oleh semua untuk dijadikan iktibar dan panduan dalam hidup dan kerjaya...baik yang menuruti maupun yang dituruti.

Monday, January 04, 2010

ONCE...2010

2010...new year...started with mixed feelings. Had great time actually during new year's eve...watched fireworks..had a good chat and fabulous companion. Where does it lead to..? For now..I don't know...hope God shows me the way and guide me.

Weekend mostly filled with work...great way to start new year eh ? Been working the whole Sat & Sun...in fact yesterday till 3am..need to do ironing some more..hands ironing and brain exploring..thinking or even dreaming...slept at 4.30am and woke-up at 8am...

During the weekend, I've got mixed feelings...things that I thought was right...and accepted suddenly overturned. Some extend I don't understand why. But again, we're human. Sometimes we forget...we have expectations..and that lead us to depression and frustration.

What I learned from last year is not to have any expectations. That reduce the chance of being hurt and disappointed. That doesn't mean you don't need to have aims. Aim and work hard towards it. God's willing...you will get what you're aiming for...