Tuesday, October 31, 2006

ONCE...Gubra

Hari Sabtu lepas aku baru berpeluang utk menonton Gubra bersama isteri tercinta. Asalnya aku nih buleh kata amatla teruja utk menonton Gubra selepas menonton Sepet satu ketika dahulu. Namun, setelah suku pertama cerita tersebut, aku terasa mual2 dan meloya utk meneruskan pertontonan.

Mana mungkin seorg rakyat Malaysia (tak kira bangsa ! cuma dlm Gubra, ia adalah lelaki Cina) berjalan sesuka hati tanpa baju di hospital (melainkan dia pesakit mental). Apatah lagi, dia bukannya pesakit ! Dan mana mungkin seorg gadis/wanita Melayu akan dengan selamba badaknya membuangkan bulu didada seorang lelaki yg baru saja dikenalinya beberapa minit yg lalu. Sementalah filem ini digembar-gemburkan sebagai mencerminkan budaya Malaysia ! Maka itulah yg membuatkan saya mesti memblog mengenai Gubra.

Penceritaan hubungan berlainan kaum tidak menjadi masalah pada saya. Tetapi adegan memualkan di hospital dimana Orked membuang bulu di dada Alan itu yg tidak manis. Itu bukan budaya rakyat Malaysia dan semestinya bukan budaya MELAYU !!! Itu mungkin budaya Yasmin, atau dia terpandang sekali atau dua dan saya percaya kalau adapun cume dibandar besar yg rakyat Melayunya telah diperbaratkan. Akan tetapi, ianya tidak mungkin menggambarkan walau 0.01% budaya rakyat Malaysia.

Cerita dlm Gubra tidak menggambarkan budaya Malaysia seluruhnya. Maka tidak wajar ianya diwar2kan sbg perintis filem yg mempamer/mencemarkan budaya Malaysia. Tidak dinafikan terdapat pengajaran di penghujung cerita. Cuma jika org yg mual dan loya di pertengahan cerita tidak sanggup meneruskannya, rugilah org itu dan rugi jugalah Yasmin dlm menyampaikan ceritanya secara menyeluruh.

Apakah dlm kita ingin mengglobalkan wayang kita, kita perlu membudayakan apa yg ada dibarat atau dinegara lain? Apakah kerana rasa kekitaan pada masyarakat asinglah yg membolehkan filem2 Yasmin mendapat pengiktirafan diluar negara ? Dlm mematangkan pemikiran rakyat Malaysia dlm filem melayu, apakah kita perlu melihat maksud tersirat dlm filem tersebut walaupun yg tersuratnya cukup menjijikkan, terpesong jauh dari budaya biasa masyarakat setempat ? Atau mungkin cara penggembar-gemburan filem itu yg mengundang kemarahan (talking about market positioning) ?

Aku hampir memboikot filem2 Yasmin selepas Gubra, tetapi rasanya elok dinilai filem2 yg akan datang sebelum membuat kesimpulan tentang pemikiran dan budaya Yasmin. Mokhsen...nantikanlah...

No comments: