Bila lepak kat lab, antara salah satu topik yg hangat dibincangkan adalah pasal berkawan. Perbezaan antara kawan dan sahabat. Bagaimana utk mengenal kawan/sahabat. Dan setelah kenal sikap, sifat dan perangai kawan dan masing2 boleh terima kekurangan dan kelemahan yg lain, maka insya-Allah lamalah persahabatan itu.
Aku teringatkan ayat2 yg aku selalu terlepas bila sembang ngan foo. Mungkin sebab dia mmg tak penah amik ati (atau dia mmg terer simpan dari aku) yg membuatkan aku pun tak tahu dimana batasnya. Perkara ni mmg selalu aku alami dan semacam aku tak pernah belajar.
Setiap kali aku berkawan rapat, pastinya akan ada insiden yg mencemarkan persahabatan tersebut. Sepatutnya, disitulah yg akan membuatkan kita lebih kenal kawan/sahabat kita. Tetapi selalunya yg terjadi, aku dikeluarkan terus dari database mereka. Mana yg tidak, terus menjadi sahabat hingga kini.
Aku cuba belajar. Dgn client, long-lost junior, kawan2 baru yg lain. Hatiku berdetik "..jaga2 sikit cakap tu..kita tak tau diorang buleh terima ke tidak..". Tapi kalu tidak diuji, kita takkan tahu. Jadi kalu mahu menjadikan sahabat, harus tau dimana batas2nya. Perlu tau dimana marahnya, dimana sukanya, dimana dukanya, dimana halusnya, dimana warasnya dan dimana sanggupnya. Dan pastinya utk mengenal kawan, perlukan masa yg lama. Tidak mungkin sehari dua ataupun 3-4 bulan. Mungkin makan tahun.
Dlm keadaan aku sekarang, bolehlah utk dikenalpasti dgn lebih dlm lagi. Siapa kawan masa senang, siapa kawan masa susah, siapa kawan masa suka, siapa kawan masa duka, siapa kawan boleh berahsia, siapa kawan utk berseloka, siapa kawan utk berbicara, siapa kawan utk meluah rasa, siapa kawan utk didengar jua, siapa kawan utk dikenang saje.
Pada rakan taulan, kawan-kawan dan sahabat, Selamat Hari Raya dan mohon maaf atas tersalah kata, terkasar bahasa, terkurang ajar dan terlanjur perbuatan. Serta halalkan mana yg termakan dan terminum. Semoga bahgia di Hari Lebaran.
1 comment:
kiranyer mmg senang lg berkawan dgn org yg semmgnyer bukan bos kita. at least, xde la cepat sgt amik ati. *wink
Selamat hari raya maaf zahir batin.
Post a Comment