Thursday, September 07, 2006

ONCE...apa nak jadi la ni...

K'jaan negeri guna dana khas bantu rakyat miskin utk tujuan lain. Cuba carik kat mana-mana akhbar perdana kalau2 ada artikel ni, tapi tak jumpa. Mungkin ini diekstrak dari laporan tersebut.

Lalu, apa perlu kita lakukan ? Haruskah kita membuang undi kepada pihak lain yg mungkin tidak tergamak utk menghaburkan duit org miskin ini pd pilihanraya akan datang ? Atau kita usulkan kepimpinan di cawangan/bahagian ditukar supaya org lain yg lebih telus, jujur dan amanah memimpin negeri ini ? Yang sedihnya, semua itu negeri2 Melayu majoriti. Sudah pasti yg miskin pun Melayu, yg tarah pun pemimpin Melayu. Lepas tuh, berkompang pasal nasib Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan, teraniaya. <# ayat ini telah disensor kerana kurang sesuai utk kanak2 dibawah umur #>

10 tahun lagi, time aku bertanding, korang sokong2 la aku. Agenda:

* Hapuskan rakyat miskin dari bumi Malaysia (samada berikan bantuan dan kemudian diorang boleh hidup macam org lain, atau antar ke negara lain)
* Pendidikan percuma pada semua
* Program kesedaran (awareness) utk tingkatkan penyertaan bumiputera dlm bidang perniagaan (dan berjaya!)

UNDILAH SAYA !!!

No comments: