Punya la banyak bende yg boleh dibuat, yg boleh dipikirkan tetapi org kite membuang masa dengan sia-sia dgn menunggu suara pontianak. Kenapa tidak bekerja, mengaji, membaca buku, mentelaah ilmu atau menghambakan diri kepada Allah ? Jgn la nak dibandingkan dgn bebudak rempit atau anak muda yg terkinja-kinja dlm pub atau disco. Kenapa perlu menyamakan diri sendiri dgn manusia lain yg sama rendah akidahnya ?
Apakah kerana terlalu aman Malaysia ini sehinggakan rakyat tak tahu menilai apa yg berfaedah utk dibuangkan masa mereka ? Haruskah kita ada sedikit huru-hara dan bencana utk sedar ? Tetapi, pastinya, kesedaran sekelip mata. Haruskah kita terasa tercabar, tercalar, terhina utk bangkit memartabatkan bangsa ? Lihat sahaja sejauh mana isu Melayu hina di Penang. Masih lagi masyarakat mencari pontianak ?!
Harus siapa lagi yg perlu dipersalahkan ? Bangsa lain ? Bukankah itu semacam kita merayu kepada mereka supaya jgn ditindas kita ini ? Atau berhidung tinggi mengingatkan mereka supaya jgn berkurang ajar, melebih-lebih memijak kepala ? Mereka ini cukup masak dgn tabiat org Melayu. Spt yg ditarbiyahkan oleh seorg imam di kampung, "org melayu ni, asal ada makan je cukup!" Cukup mudah nak jaga Melayu. Sekadar bagi makan, habis sekampung mau dibaginya kepada bangsa lain kerana terhutang budi atau terkilan jasa. Makan perlukan duit ? Maka dijual tanah pusaka sekangkang kera supaya dpt makan dan bergaya. Drpd menjadi org Kaya felda selamanya, mereka menjadi org Kaya felda seketika. Matlamat pemimpin Melayu tidak kesampaian.
Ketika berduit tidak beringat. Tidak dibantu Melayu lain yg memerlukan. Duit berjuta2 di bank, gaji berpuluh kalau tak beratus ribu sebulan, kenapa tidak dibantu Melayu yg ingin belajar berniaga. Bank mahukan cagaran, Melayu tak pandai menulis kertas kerja utk geran...atau ada yg pandai tetapi malas atau rungsingkan keselamatan. Harus bila lagi Melayu bisa memecahkan pegangan kaum lain dlm perniagaan ?
Dlm era global, bagaimana pula Melayu Islam boleh memecahkan dominasi Yahudi dan Nasrani ? Dlm bidang ekonomi, sains dan teknologi, politik ketenteraan dan sebagainya ? Atau apakah mesti Arab Islam yg mengembalikan kegemilangan Islam ? Bagaimanakah dan bilakah Melayu akan kembali gah dimata dunia seperti suatu ketika...di Melaka...
No comments:
Post a Comment