Apa yg boleh kita tafsirkan dari keratan ini ? Boleh dikatakan agak kasar (direct) berbanding dengan keratan yg lebih lembut ini.
Persoalan yg bermain-main diminda...kenapa mesti Tun ingin menurunkan tarafnya dari seorang bekas Presiden UMNO kepada perwakilan biasa perhimpunan agung ? Apakah benar ada cubaan utk menggagalkan permintaan beliau ? Kalau kita cuba renung dalam2...kemana sudahnya "perjuangan" Tun ini.
Katakan Tun berjaya menjadi perwakilan. Apakah yg ingin dibangkitkan ? Apakah Tun ingin menarah Pak Lah secara terbuka ? Dan apakah kemudiannya mencadangkan dirinya utk bertanding jawatan Presiden ? Katalah semuanya terjadi...menang pulak tuh. Maka secara otomatis, Tun menjadi Presiden BN yg layak utk menjawat jawatan sebagai PM Malaysia. Apakah Malaysia bersedia utk itu ? Apakah mandat besar yg dimenangi BN..yg mencerminkan sokongan rakyat kpd Pak Lah, akan merestui perkara ini terjadi ? Apakah pula impaknya kepada Malaysia dari segi ekonomi, FDI dan persepsi dunia ?
Apa agenda Tun sebenarnya...?!! Apakah peranan kita..?! Apakah pendapat kita..?! Apakah tindakan kita..?!
No comments:
Post a Comment