Monday, January 15, 2007

ONCE...syukur lagi..

Pagi tadi aku gi amik Offer Letter from AKPK. Aku settlekan sume yg patut2 (i.e. stem hasil, cop pesuruhjaya sumpah and all) and submit it back. First payment before 30th Jan. Lega..sempat la kirenya masuk gaji dulu.

Then, MOSTI called, asking whether i've submitted my claim for EIF honorarium. Isi borang tuh pastu nanti depa arrange to pick-up. Alhamdulilah..rezeki lagi. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Pemurah :)...(Ya Allah..janganlah kau lalaikan aku dlm nikmatmu..amin).

Thursday, January 11, 2007

ONCE...syukur



Alhamdulillah...tanggal 18 Disember secara rasminya aku memulakan kerja baru di MB. Dan barulah hari ini aku berpeluang untuk memblog hehehe. Aku ditugaskan sbg CTD (Chief Tech Director) for a project. Kinda GIS related stuffs. Baru raise PN last week. Dari mula lagi memang challenging..but i'm cool :D.

Gathering useful infos, both formal and informal, internal and external, openly and secretly...makes the whole scheme very interesting.

Hah cite syukur nih..1 minggu sebelum aku start kerje tuh..rezeki cukup murah. Dpt few payments, dan niat aku utk buat korban pun dimakbulkan. Pagi sebelum semayang tuh Ust Mokhtar kata bukak lagi. Ptg tuh cargas jek gi amik satu bhgn.

Sebelum masuk kerja plak, aku beli kasut sama belt baru. Imej kasi kaw2. And semalam pakai baju baru (plg gah yg aku penah beli kut..). Haa yg best lagi...last week of Dec '06. Aku gi meeting kat tempat client. And my zip failed me !!! Nasib baik la Plaza Damas tuh shopping complex and my dearie baru pulangkan duit yg dia pinjam..so the first boutique that I saw (Orlando). Budak tuh kata "encik, ni new arrival.." Layan.."tlg alter sekarang ye..saya nak pakai sekarang". Dpt la aku suar mahal Orlando (tak ponah boli suar semahal tuh..ni tgh dok berangan nak beli Dockers plak..gilo RM200 sehelai..tak tau la cukup gilo ko tak nak boli 2 helai nih heheh..)

So gitu la adanya...

Friday, December 08, 2006

ONCE...kebesaran-Nya

Segalanya bermula pada hari Isnin. Dikejutkan dgn berita kematian Pak Long (suami babysitter) Isnin pagi. Aku singgah la sekejap, hadiahkan Fatihah..dan kemudian bergegas utk interview di Sri Hartamas. Alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Siap diwar2kan utk tunggakan sekali. Apapun, tunggu je la cek kat tangan..tak perlu berangan.

Mengkala jadual kerja aku amat fleksibel (ikut suka aku!), maka aku la yg kena jaga anak2 Selasa dan Rabu. Tapi Rabu 1/2 day je la..ada meeting di TMRD. Dan syukur lagi, Selasa pagi MB offer. Agreed on the package, need to confirm to report duty on 16th Dec. Maka kena la gi opis, jumpa LC. Redha dia dgn berita yg aku bawak. Tapi, ptg tuh panjang jugak la sembang ngan dia. Asking me to not to let go my shares. I'll think about it..

Dan t/hari tadi, aku gi amik letter of offer dari MB. Bakal termeterailah satu pengembaraan baru untuk aku. Dan balik dari Jumaat, gatal gi singgah Subang Parade, termasuk lak dlm MPH...dan terbelilah akan saya sebuah buku bertajuk "Project Management" from McGraw-Hill Professional Education Series.

"Ya Allah...janganlah Engkau lalaikan aku dalam nikmat-Mu. Bimbinglah aku kejalan yang Engkau redhai..amin."

Monday, November 06, 2006

ONCE...more Malaysian's animation



Check out another good quality animation works by Malaysian here. Expected to be completed by end of 2007, it shall be a hit !

I've downloaded the sneak peaks and man !!! Such details on the greens..expressions..dusts.. Love it when Malaysian team up and work together and deliver what Dreamworks or Pixar people has produced all this while. Yet, this team delivers it in much much tiny budget compared to them. I hope and pray they'll succeed.

To all Malaysians especially the rich ones..come and contribute (i.e. invest or sponsor or give). Make it a success. Together !

ONCE...keletah anakku

Scene : Dalam kereta, balik dari amik ubat dan beli burger.
Waktu : Sabtu malam

   Daughter   : pokok dia minum ayaq ujan...
   Me             : pokok makan apa ?
   Daughter   : pokok tak makan...
   Me             : pokok cucuk butt tak ? (means : berak)
   Daughter   : tak...
   Me             : kenapa ?
   Daughter   : sebab dia takde toilet bowl...
   Me             : hahahahaha....

Tuesday, October 31, 2006

ONCE...Gubra

Hari Sabtu lepas aku baru berpeluang utk menonton Gubra bersama isteri tercinta. Asalnya aku nih buleh kata amatla teruja utk menonton Gubra selepas menonton Sepet satu ketika dahulu. Namun, setelah suku pertama cerita tersebut, aku terasa mual2 dan meloya utk meneruskan pertontonan.

Mana mungkin seorg rakyat Malaysia (tak kira bangsa ! cuma dlm Gubra, ia adalah lelaki Cina) berjalan sesuka hati tanpa baju di hospital (melainkan dia pesakit mental). Apatah lagi, dia bukannya pesakit ! Dan mana mungkin seorg gadis/wanita Melayu akan dengan selamba badaknya membuangkan bulu didada seorang lelaki yg baru saja dikenalinya beberapa minit yg lalu. Sementalah filem ini digembar-gemburkan sebagai mencerminkan budaya Malaysia ! Maka itulah yg membuatkan saya mesti memblog mengenai Gubra.

Penceritaan hubungan berlainan kaum tidak menjadi masalah pada saya. Tetapi adegan memualkan di hospital dimana Orked membuang bulu di dada Alan itu yg tidak manis. Itu bukan budaya rakyat Malaysia dan semestinya bukan budaya MELAYU !!! Itu mungkin budaya Yasmin, atau dia terpandang sekali atau dua dan saya percaya kalau adapun cume dibandar besar yg rakyat Melayunya telah diperbaratkan. Akan tetapi, ianya tidak mungkin menggambarkan walau 0.01% budaya rakyat Malaysia.

Cerita dlm Gubra tidak menggambarkan budaya Malaysia seluruhnya. Maka tidak wajar ianya diwar2kan sbg perintis filem yg mempamer/mencemarkan budaya Malaysia. Tidak dinafikan terdapat pengajaran di penghujung cerita. Cuma jika org yg mual dan loya di pertengahan cerita tidak sanggup meneruskannya, rugilah org itu dan rugi jugalah Yasmin dlm menyampaikan ceritanya secara menyeluruh.

Apakah dlm kita ingin mengglobalkan wayang kita, kita perlu membudayakan apa yg ada dibarat atau dinegara lain? Apakah kerana rasa kekitaan pada masyarakat asinglah yg membolehkan filem2 Yasmin mendapat pengiktirafan diluar negara ? Dlm mematangkan pemikiran rakyat Malaysia dlm filem melayu, apakah kita perlu melihat maksud tersirat dlm filem tersebut walaupun yg tersuratnya cukup menjijikkan, terpesong jauh dari budaya biasa masyarakat setempat ? Atau mungkin cara penggembar-gemburan filem itu yg mengundang kemarahan (talking about market positioning) ?

Aku hampir memboikot filem2 Yasmin selepas Gubra, tetapi rasanya elok dinilai filem2 yg akan datang sebelum membuat kesimpulan tentang pemikiran dan budaya Yasmin. Mokhsen...nantikanlah...

7 Lessons From Japanese Business Culture

This article was posted in Promuda's Discussion Group.

After reading it, I can say that the culture is not too far from the Malay. Not the modern one though (i.e. city-type Malay culture), but the traditional one. The one that we can still see in villages, old folks..away from the cities.

Malacca was once, known throughout the world. Malay merchants were prosperous. The thing is, is there any research done on their business traits and culture that we as Malay especially can be proud of and use it profusely instead of looking for others to adapt ? It's not that I'm against the article. It's good that we learn from others, take and adapt the good part of it for our benefits..but my curiousity is how about ours ?

Thursday, October 19, 2006

ONCE...pasal berkawan

Bila lepak kat lab, antara salah satu topik yg hangat dibincangkan adalah pasal berkawan. Perbezaan antara kawan dan sahabat. Bagaimana utk mengenal kawan/sahabat. Dan setelah kenal sikap, sifat dan perangai kawan dan masing2 boleh terima kekurangan dan kelemahan yg lain, maka insya-Allah lamalah persahabatan itu.

Aku teringatkan ayat2 yg aku selalu terlepas bila sembang ngan foo. Mungkin sebab dia mmg tak penah amik ati (atau dia mmg terer simpan dari aku) yg membuatkan aku pun tak tahu dimana batasnya. Perkara ni mmg selalu aku alami dan semacam aku tak pernah belajar.

Setiap kali aku berkawan rapat, pastinya akan ada insiden yg mencemarkan persahabatan tersebut. Sepatutnya, disitulah yg akan membuatkan kita lebih kenal kawan/sahabat kita. Tetapi selalunya yg terjadi, aku dikeluarkan terus dari database mereka. Mana yg tidak, terus menjadi sahabat hingga kini.

Aku cuba belajar. Dgn client, long-lost junior, kawan2 baru yg lain. Hatiku berdetik "..jaga2 sikit cakap tu..kita tak tau diorang buleh terima ke tidak..". Tapi kalu tidak diuji, kita takkan tahu. Jadi kalu mahu menjadikan sahabat, harus tau dimana batas2nya. Perlu tau dimana marahnya, dimana sukanya, dimana dukanya, dimana halusnya, dimana warasnya dan dimana sanggupnya. Dan pastinya utk mengenal kawan, perlukan masa yg lama. Tidak mungkin sehari dua ataupun 3-4 bulan. Mungkin makan tahun.

Dlm keadaan aku sekarang, bolehlah utk dikenalpasti dgn lebih dlm lagi. Siapa kawan masa senang, siapa kawan masa susah, siapa kawan masa suka, siapa kawan masa duka, siapa kawan boleh berahsia, siapa kawan utk berseloka, siapa kawan utk berbicara, siapa kawan utk meluah rasa, siapa kawan utk didengar jua, siapa kawan utk dikenang saje.

Pada rakan taulan, kawan-kawan dan sahabat, Selamat Hari Raya dan mohon maaf atas tersalah kata, terkasar bahasa, terkurang ajar dan terlanjur perbuatan. Serta halalkan mana yg termakan dan terminum. Semoga bahgia di Hari Lebaran.

ONCE...5 hari nak raya !

Raya kali ini sungguh bermakna buat aku dan keluarga. Emm...lebih2 lagi buat aku la. Raya kali ini cukup sederhana. Terharu jugak bila mama bagi baju raya..dan tak kurang jugak terpikir cam nak rasa terhina atau rendah diri bila baba cakap pasal fakir miskin. Tapi, aku rasa tak perlulah. Selama ni pun aku makan minum kat umah tu, dia gak yg bayar. Satu sen pun aku tak kuar. Dan mmg betul pun, redha je lah.

Namun aku bersyukur. Ujian ini harapnya membuatkan aku lebih berhati2 berbelanja. Ujian ini juga membolehkan aku menilai nilai RM vs rakan/kawan/sahabat. Mmg perit ujian ni, tapi Allah takkan menurunkan sesuatu ujian itu kepada hambaNya melainkan Dia tahu hambaNya itu mampu menghadapinya. Dan semestinya Dia Maha Mengetahui ! Cuma kita jgn mudah putus asa dan putus harapan. Usaha mesti diteruskan.

Berkat usaha dan doa, dan juga barakah bulan Ramadhan, aku temui beberapa jalan yg dgn izinNya jua, boleh merungkai permasalahan ekonomi dan kewangan yg aku hadapi sekarang. Untuk memastikan aku mendapatkannya, aku akan berusaha lebih lagi..dan kemudian, serahkan segala-galanya atas ketentuan Dia yg Maha Esa.

Salam Aidilfitri untuk semua. Maaf zahir dan batin. Selamat beraya di rantauan Joe (maaf aku tak dpt antar kuih raya).

Friday, October 13, 2006

ONCE...an opportunity

A friend of mine sent me this 20 Smart Companies to Start Now. As I scroll down the article, something made my eyes gleaned as I read this:

Text Ads on the Fly
The Investor: Charles Moldow, venture partner, Foundation Capital
What his firm's backed: CarsDirect.com, Netflix, Simply Hired
What he wants now:: Text-messaging software that allows local merchants to send offers to mobile phones. Some companies already do this in basic form; Moldow's idea would give merchants more control. "This is bringing the blue-light special to your phone," he says. Five or so people could write the code; a sales demon is also needed to enlist merchants. Prove that you can pull this off in one city and Moldow will listen to an expansion plan.
What he'll invest: $5 million for working technology

Just sent him desktopSMS BC's brochure and user manual as well as my sales pitch (so-to-speak). Well, we'll never know what would happen. Has mixed feeling currently. Anyhow, efforts made..now continue prayers (and more efforts of course).

Friday, October 06, 2006

ONCE...1st interview

This morning was my first interview session. 1st in 7 years ! Hahaha...kinda nervous also. But, I guess it went smooth. If any hickups maybe because of min salary expected. Post for IT Exec for PMO. There's 7 candidates, one of them is internal people. Promotion la kirenya. So, 6 ppl for potentially another vacancy (or perhaps it's formality for the internal people only). But, I think there's 2 potential candidate (that can be a threat to me); one from PNB and another from Time. Well, just hope (and pray of course).

After prayer, got an email from Brunei. Said that they're processing my application and asking for testimonials and my expected package. Have asked few close friends to send their testimonials to them. Well, wait and see how it goes.

Tuesday, October 03, 2006

ONCE...my old camp diaries

Weekend in my hometown, browsing through the bookshelf I saw my 2 camp diaries. "How did they get here ?". I think I kept it somewhere else. So, I took it out and flipping thru the pages. I found a sheet of paper (maybe one of those camp assignment or something)..and best of all, my 15 years old passport sized photo. Hahahaa...can't really imagine that I was..errmm..that young and slim (and naive also).

These diaries are not the normal ordinary diaries. It started with my first mountain, Ledang in 1993. As my wife said, "too detail !"..hehehe...she must be bored to death with the details inside them. Well, every stop i put it there. So, some it may be hours difference, or by minutes.

The diaries extended from Ledang to every single camping that I went until my time in Kembara. But, not sure whether ITM's camps were in those diaries or different one. However, I've stopped writing the diaries towards my seniority in Kembara. And suddenly, my memory flashed back to the Nuang scene. Nuang has 2 most memorable incidents to me.

No 1 when I took my coursemate and junior, that's where I really find out who's who my real friend. Friend that can reason or not. No doubt I have my part on it, but there's so many better ways to solve it. In a more gentleman style I would say.

The second was with juniors. Before that, the first one got my gf-to-be (who's my dearie wife now) and the second got my gf-wanna-be. (it does make me wonder, in my naive look, same boots everyday, simple dress code, yet attract so many girls..well..many that I know..many that I don't then..which I know now..hehehe..). The juniors exp was a bit dark. It almost cost a few lifes. Alhamdulillah, they survived.

How I missed the greens. Smell of the jungle, the leaves, grass, mud, river..sound of crickets, mosquitos and river flow. It has been almost 6 years since my last camp or hike. Wonder when can I hike again...hmm...

Friday, September 29, 2006

ONCE...life, money can't buy !

Arm called before break-fast sharing with me on an opportunity with quite a lucrative deal. So good to be true and damn hell difficult to resist. Roughly; >RM10k net with 30% goes to my wife & 20% to Tabung Haji. But, that's not all. The best part was: they'll settle all my debts !!! So, that we don't have any worries while doing the work.

So, I met him last nite to know more. Especially, what's the catch (there's no free lunch bro !). So, here's the catch: 24 x 7 operations, shift working hours, however, after ur shift, u're on standby mode..response time in 2 hours ! And response time here is not like our standard SLA; response = phone call at least. This one is in the office within 2 hours after the call ! Crazy eh ?!

Meaning; no raya, no balik kg, no shopping, no holiday, no leisure, nothing !!! My instinct before going there was right. Whoever take the job, will become a highly paid slave. Of course, the argument, it's the same kinda job that we do. Late nights, weekends and sometimes during holidays. But, at least to me, I'm in control over my life. Not dictated by someone or something. All the packages are to make you obliged, and setting ur target on the carrots. Ohh..forgot to mentioned. It's was for a f*****ng 5 YEARS contract !

Nah, I'm not going to waste my life like that. 3 years in Dubai would still be ok ;). Right Joe ? (weh..bila daa.. )

Monday, September 25, 2006

ONCE...Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah..ramadhan datang lagi...datang dengan penuh rahmat dan keberkatan. Aku baru je pegi deliver sistem yg aku jual kat 1st customer. Training skali...siap ada customization lagi. Jadi, mungkin ada rezeki lebih sikit nanti.

Syukur lagi...di bulan mulia ini. Aku sampaikan salam ramadhan kat bro joe di dubai. Dan tetiba je dia tanya pasal anak aku ada berapa org...berapa tahun. Aku ingatkan dia nak belikan hadiah baju raya ke...Ropenya, ada peluang kat sana. So, nak tau aku akan bawa diorang or camne. Perh..excited mmg la kan. But, he gave me till Thursday. Bini aku plak suruh balik semayang dulu. But, rata2nya redha la.

"Berilah petunjuk pada hamba mu ini ya-Allah." -amin-

Friday, September 15, 2006

ONCE...close encounter with a COBRA !

Foo turunkan aku tepi jalan, lepas balik dari semayang Jumaat. Sambil jalan aku kalut-kalut sikit la simpan hp sume. Pastu, aku toleh la kanan..kat kaki lima tu. Guess what ?!! Cobra tgh panggung kepala dia !!!

Syukur alhamdulillah..sebab masa aku perasan tu kire dah lepas dia dah. So, dia pun sambung jalan balik. Aku pun ingat nak ambik gambar dia. Sekali lagi, kalut-kalut nak adjust camera phone aku..pastu nak cantik kena ambik dekat sikit. Dia tgh sibuk jalan kat kaki lima tu la. Pastu, timbul lak risau. Dibuatnya dia toleh belakang pastu terus terkam aku, dah tak pasal. So, aku pun jalan balik ofis.

Itulah pengalaman pertama aku jumpa ular tedung (rone itam) selain drpd dlm zoo. Panjang dia ada dlm 2 kaki setengah, besar 3 jari camtu. (sorry joe, i know it'll be better if i put the photo here..but it's a risk i dare not take after that close escapee). Jarak antara dia ngan aku masa tu cuma sekaki. Syukurlah..panjang lagi umur aku.

Wednesday, September 13, 2006

ONCE...food for thoughts

Be blind in the race for educational excellence.

I was told that we need to be in the system to change the system. Simply put, we need to be in the government. Best, in the ruling party of the government. But to do that, I'll be bloody long time. Tears, sweat & blood spills in the wake to change and improve the system. Whether we will survive in the system, whether we will succeed in changing the system will depend on how influencial we are, how tough and stubborn we are as well. Shall we touch the soft spot and place the right sentiments to the system, I believe we can succeed.

Should I be in the system ? Still debating...if I want to, then first need to register with a party. But, as I wanna be the 8th or the 10th, I must join now and build my credibility and success stories. Or shall I create new party where I'll be the president with new agenda that will be supported by everybody ? Then, perhaps I can be in the premier much faster.

Tuesday, September 12, 2006

ONCE...ala sedihnya...

Punya la banyak bende yg boleh dibuat, yg boleh dipikirkan tetapi org kite membuang masa dengan sia-sia dgn menunggu suara pontianak. Kenapa tidak bekerja, mengaji, membaca buku, mentelaah ilmu atau menghambakan diri kepada Allah ? Jgn la nak dibandingkan dgn bebudak rempit atau anak muda yg terkinja-kinja dlm pub atau disco. Kenapa perlu menyamakan diri sendiri dgn manusia lain yg sama rendah akidahnya ?

Apakah kerana terlalu aman Malaysia ini sehinggakan rakyat tak tahu menilai apa yg berfaedah utk dibuangkan masa mereka ? Haruskah kita ada sedikit huru-hara dan bencana utk sedar ? Tetapi, pastinya, kesedaran sekelip mata. Haruskah kita terasa tercabar, tercalar, terhina utk bangkit memartabatkan bangsa ? Lihat sahaja sejauh mana isu Melayu hina di Penang. Masih lagi masyarakat mencari pontianak ?!

Harus siapa lagi yg perlu dipersalahkan ? Bangsa lain ? Bukankah itu semacam kita merayu kepada mereka supaya jgn ditindas kita ini ? Atau berhidung tinggi mengingatkan mereka supaya jgn berkurang ajar, melebih-lebih memijak kepala ? Mereka ini cukup masak dgn tabiat org Melayu. Spt yg ditarbiyahkan oleh seorg imam di kampung, "org melayu ni, asal ada makan je cukup!" Cukup mudah nak jaga Melayu. Sekadar bagi makan, habis sekampung mau dibaginya kepada bangsa lain kerana terhutang budi atau terkilan jasa. Makan perlukan duit ? Maka dijual tanah pusaka sekangkang kera supaya dpt makan dan bergaya. Drpd menjadi org Kaya felda selamanya, mereka menjadi org Kaya felda seketika. Matlamat pemimpin Melayu tidak kesampaian.

Ketika berduit tidak beringat. Tidak dibantu Melayu lain yg memerlukan. Duit berjuta2 di bank, gaji berpuluh kalau tak beratus ribu sebulan, kenapa tidak dibantu Melayu yg ingin belajar berniaga. Bank mahukan cagaran, Melayu tak pandai menulis kertas kerja utk geran...atau ada yg pandai tetapi malas atau rungsingkan keselamatan. Harus bila lagi Melayu bisa memecahkan pegangan kaum lain dlm perniagaan ?

Dlm era global, bagaimana pula Melayu Islam boleh memecahkan dominasi Yahudi dan Nasrani ? Dlm bidang ekonomi, sains dan teknologi, politik ketenteraan dan sebagainya ? Atau apakah mesti Arab Islam yg mengembalikan kegemilangan Islam ? Bagaimanakah dan bilakah Melayu akan kembali gah dimata dunia seperti suatu ketika...di Melaka...

Monday, September 11, 2006

ONCE...well said

Aku cuma nak pastikan artikel ni ada dlm blog aku. Jadi akan datang nak carik senang.

Ekonomi asas ummah merdeka

Saturday, September 09, 2006

ONCE...good start

Tengahari tadi gi amik cek. First, payment for NDC..alhamdulilah, syukur. First customer, and a very good paymaster heheh...So, next week buleh buat payment utk sample modem dari Lithuania, register domain, create website dan go all out to market.

Semestinya semangat berkobar2. Maka, user manual pun disiapkan menjelang Maghrib tadi. Antar kat Lithuania satu sebab diorang nak tgk and maybe promote to some other market as well. Kat Joe satu, kalu2 org Arab and/or Afrika pun nak pakai. Dan jugak kat rakan-niaga yg lain yg telah menunjukkan minat utk memasarkan produk tu.

Dan baru je 1/2 jam lepas, aku dpt siapkan draf pertama untuk brosur (brochure) 2 muka (buleh la nak print depan blakang nanti). Printout nye memang nampak cantik la (printed on HP Color Laserjet 5550).

Lepas nih, antara lain, nak siapkan kertas kerja untuk InnoFund. Geran dari MOSTI, buleh la kalu nak dapat dalam RM 50k. Apply untuk buat yg Inter-active punya pulak. Mudah-mudahan...berjaya !

Thursday, September 07, 2006

ONCE...5th anniversary

Syukur alhamdulillah..dah masuk 5 tahun perkahwinan kami. Ni hadiah anniversary yg istewi aku kasik. Aku tak bagi lagipun hadiahnya..ingatkan malam ni la kut ( :D ).


Aku bersyukur dikurniakan istewi yg cukup baik dan melengkapi hidup aku (..you...complete me..and i can't...just...shut-up...just shut up..). 2 tahun ini betul2 menguji kami. Aku bersyukur kerana tersedar sebelum terlewat..sebelum nasi menjadi hangit..sebelum kek menjadi hangus...sebelum.....Aku bersyukur kerana istewiku tabah dan bersama2 ketika kami susah.

Semoga Allah memberkati kami selamanya. Dan semoga Allah tabahkan serta teguhkan kasih sayang kami dlm mengharungi ujian-ujian mendatang. Amin.